Sunday, 16 October 2016

Happy Shopping from Wondrous.Hub


Happy shopping from team Wondrous.hub
Nikmati harga yang berpatutan dari kami.

NEW ITEMS


SHAWL BUBBLE CREPE

Kami menjual shawl bubble crepe yang sangat berkualiti. Kelebihan shawl bubble crepe kami ialah tidak perlu di iron, senang dibentuk, tidak mudah kedut, lebar & panjang dan yang paling penting mempunyai corak yang menarik.

Type: Shawl
Material: Bubble crepe
Measurememt: 70cm x 200cm
Price: RM25 each exc postage

🎁 FREE brooch for each shawl.
📬 Pos every Friday only
📲 Whatsapp ONLY: 011-11335887

Pls take note
The colour of shawl may be lightly difference due to the lighting of camera.














COD POLI SHAH ALAM & KUALA LIPIS



Kami juga menyediakan perkhidmatan COD bagi sesiapa yang taknak pos laju. Hanya bagi kawasan yang tertentu sahaja iaitu POLI SHAH ALAM & KUALA LIPIS. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, 011-11335887 (fera) untuk maklumat lanjut tentang COD.

Plain tote bag

Masih tercari-cari beg yang sesuai untuk dibawa ke kelas atau sekolah? Team wondrous.hub ada menjual plain tote begs yang sememangnya semua untuk anda bawa ke sekolah atau kolej. Kelebihan plain tote bag ini anda boleh letak laptop dan buku saiz A4, tidak perlu dibasuh, tidak mudah kotor dan paling penting tahan lasak. Materil plain tote beg ini ialah kulit. Plain tote bag mempunyai 6jenis warna yang menarik.



ALL PLAIN TOTE BAGS!!
Price: RM15 exc postage
COD available: Politeknik Shah Alam & Kuala Lipis

📬 Pos every Friday only

📲 Whatsapp ONLY: 011-11335887

Pls take note
The colour of tote bag may be slightly difference due to lighting of camera.






GOLDEN GOLD



Purple berry





Dark coco





Maroon gleam



Red rose




Fruit Plum


Segalanya bermula dengan bismillah

Kita dituntut setiap kali ingin memulakan sesuatu aktiviti dengan menyebut bismillah. Atau lebih lengkap lagi بسم الله الرحمن الرحيم . Lafaz atau kalimah bismillah ini sangat penting jika mahukan apa yang kita lakukan itu dinilai oleh Allah sebagai ibadah di sisi-Nya. Lafaz ini juga membezakan perbuatan yang disukai oleh Allah dan perbuatan yang disukai oleh syaitan.


Memulakan setiap tindakan dengan menyebut kalimah Allah, secara rasminyakita telah 'bersama-sama' dengan Allah bagi mendapatkan pertolongan dan redha daripada-Nya. Ia seperti "password" untuk mendapat keredhaan Allah. Syaitan sangat tidak menyukai pekerjaan yang dimulai dengan kalimah ini. Usahanya untuk menghasut dan mengganggu sudah terhalang.


Ucapan bismillah tidak boleh digunakan sewenang-wenang. Ia langsung tidak layak dilafazkan jika seseorang itu mahu berbuat maksiat. Bahan jika menempelkan dengan perkara yang berunsur syubhah sekalipun. Berdosa besar hukumnya jika perkataan bismillah dijadikan pelaris untuk amalan ilmu songsang demi kesenangan kehidupan dunia.


Sabda Nabi s.a.w., "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca bismillah) ketika masuk dan ketika makan, maka berkata syaitan. 'Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada malam kamu.' Dan apabila seseorang masuk ke rumahnya, maka di tidak menyebut Allah ketika memasukinya, maka berkata syaitan, ' Aku akan bermalam dengan kamu.'" 


Menurut hadis Nabi s.a.w. lagi, seseorang yang makan tanpa menyebut kalimah Allah (tidak membaca bismillah), syaitan akan turut makan bersama orang itu. Dia berkongsi makanannya dengan syaitan!


Biasakanlah diri agar istiqamah dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم, setiap kali mahu melakukan apa sahaja; bermula daripada bangun tidur sampailah tidur semula. In-sya-Allah, urusan seharian kita akan dipermudakan oleh Allah. Selain itu, akan dijauhkan oleh Allah daripada gangguan syaitan dan sihir, dimurahkan rezeki dan dimuliakan oleh setiap makhluk serta diberkati kehidupan dunia dan di akhirat.