Kita dituntut setiap kali ingin memulakan sesuatu aktiviti dengan menyebut bismillah. Atau lebih lengkap lagi بسم الله الرحمن الرحيم . Lafaz atau kalimah bismillah ini
sangat penting jika mahukan apa yang kita lakukan itu dinilai oleh
Allah sebagai ibadah di sisi-Nya. Lafaz ini juga membezakan perbuatan
yang disukai oleh Allah dan perbuatan yang disukai oleh syaitan.
Memulakan
setiap tindakan dengan menyebut kalimah Allah, secara rasminyakita
telah 'bersama-sama' dengan Allah bagi mendapatkan pertolongan dan redha
daripada-Nya. Ia seperti "password" untuk mendapat keredhaan
Allah. Syaitan sangat tidak menyukai pekerjaan yang dimulai dengan
kalimah ini. Usahanya untuk menghasut dan mengganggu sudah terhalang.
Ucapan bismillah tidak
boleh digunakan sewenang-wenang. Ia langsung tidak layak dilafazkan
jika seseorang itu mahu berbuat maksiat. Bahan jika menempelkan dengan
perkara yang berunsur syubhah sekalipun. Berdosa besar hukumnya jika
perkataan bismillah dijadikan pelaris untuk amalan ilmu songsang demi kesenangan kehidupan dunia.
Sabda Nabi s.a.w., "Apabila
seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca
bismillah) ketika masuk dan ketika makan, maka berkata syaitan.
'Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada malam kamu.' Dan
apabila seseorang masuk ke rumahnya, maka di tidak menyebut Allah
ketika memasukinya, maka berkata syaitan, ' Aku akan bermalam dengan
kamu.'"
Menurut hadis Nabi s.a.w. lagi, seseorang yang makan tanpa menyebut kalimah Allah (tidak membaca bismillah), syaitan akan turut makan bersama orang itu. Dia berkongsi makanannya dengan syaitan!
Biasakanlah diri agar istiqamah dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم,
setiap kali mahu melakukan apa sahaja; bermula daripada bangun tidur
sampailah tidur semula. In-sya-Allah, urusan seharian kita akan
dipermudakan oleh Allah. Selain itu, akan dijauhkan oleh Allah daripada
gangguan syaitan dan sihir, dimurahkan rezeki dan dimuliakan oleh setiap
makhluk serta diberkati kehidupan dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment